Islamic Widget

Monday, November 22, 2010

Aiskrim

Asal usul AISKRIM bermula kira-kira kurun ke-4. Maharaja Nero dari Rom telah mengilhamkan aiskrim dengan mengambil salji di kawasan pergunungan dan dicampurkan dengan pelbagai bahan seperti isi buah-buahan dan madu.

Namun pada kurun ke-13, Marco Polo telah mempelajari kaedah membuat aiskrim daripada orang China. Masyarakat China telah menggunakan salji dan air batu untuk menghasilkan pencuci mulut ini. Resepi aiskrim ini semakin berkembang dan tidak hanya tertumpu kepada perisa buah-buahan sahaja.

Gua Kota Gelanggi

GUA KOTA GELANGGI, Jerantut merupakan rangkaian gua yang menarik dan mempunyai nilai sejarah. Stalaktit dan stalagmit yang terbentuk seperti kepala gajah, kura-kura dan objek lain.

Ahli arkeologi menjumpai artifak manusia prasejarah berusia lebih 10,000 tahun. Antara lain yang ditemui ialah hiasan manik, peralatan daripada batu seperti kapak, tulang, gigi binatang dan alat perhiasan diri. Turut ditemui ialah tembikar berusia 3,000 tahun tertanam sedalam 78 sentimeter dari permukaan bumi.

Belanda Pengeksport Hasil Florikultur Dunia

 

BELANDA merupakan pengeksport utama hasil florikultur dunia, diikuti oleh Colombia dan Israel. Pada 1995, nilai penggunaan produk florikultur di dunia berjumlah hampir AS$44.6 billion.

Antara negara pengimport utama ialah Amerika Syarikat, Jepun dan Jerman. Bunga yang popular ialah bunga mawar, kekwa, tulip dan orkid. Lebih kurang 55% daripada nilai yang didagangkan merangkumi bunga keratan, 37% tanaman hiasan dan 8% daun keratan.

Puasa Hari Asyura (10 Maharam)

PUASA pada HARI ASYURA (10 Maharam) mempunyai kelebihan yang amat besar iaitu ganjaran pahala 10,000 malaikat, pahala 10,000 orang pergi haji dan umrah serta 10,000 pahala orang mati syahid.

Jika memberi makan orang yang berbuka puasa pada hari tersebut seolah-olah memberi makan seluruh umat Rasulullah s.a.w tang berbuka puasa.

Allah menjadikan langit, bumi, laut, bukit-bukau, Adam dan Hawa, lahirnya Nabi Ibrahim, terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s serta tenggelamnya Firaun dan sembuhnya penyakit Nabi Ayub pada hari Asyura.

Friday, November 19, 2010

Siapakah Muslim?

Daripada Abdullah Bin Amr, katanya: Sabda Rasulullah s.a.w.: "Orang Muslim ialah mereka yang sejahtera orang Islam dari lidah dan tangannya. Orang muhajir itu ialah mereka yang meninggalkan barang yang dilarang Allah". (Syaikhan) 

Pengertian
Dalam hadis ini, Rasulullah menerangkan bahawa orang Islam yang sebenar-benar itu ialah mereka yang menyelamatkan orang-orang Islam lainnya dari bahaya lidah dan tangannya. Kedua-duanya dapat dikawal oleh orang yang benar-benar Muslim. Orang yang muhajir ialah mereka yang sanggup meninggalkan larangan Allah.

Kesimpulan
Setiap orang bertanggungjawab mengawal lidah dan tangannya dari menyakiti orang lain dan hendaklah menjauhkan diri daripada kejahatan.

Sumber: Akhbar Mingguan Malaysia