Islamic Widget

Thursday, January 27, 2011

Panggilan Telefon


Secara purata, setiap manusia membuat 1,140 panggilan telefon setahun.

Sumber: Akhbar Metro, 07/07/2010

Bahan Kimia Dalam Secawan Kopi


Terdapat 1,000 bahan kimia dalam secawan kopi.

Sumber: Akhbar Metro, 08/07/2010

Patung Statue of Liberty


Patung Statue of Liberty dihasilkan oleh Auguste Bartholdi bersama 100 orang pekerja dari Perancis. Ia disiapkan pada 1884 dan mengambil masa 9 tahun. Ia diserahkan kepada Amerika Syarikat dalam 350 kepingan.

Sumber: Akhbar Metro, 09/07/2010

Lumut


Percaya atau tidak, 4 % daripada spesies tumbuhan di muka bumi ini ialah lumut.

Sumber: Akhbar Metro, 12/07/2010

E Shasheladevi - Angkat Berat Jari Kelingking

E SHASHELADEVI, 17, dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang mencatatkan namanya dalam Malaysia Book of Records (MBR) dan Guiness Book of World Record selepas mengangkat bebanan 41 kg dengan menggunakan jari kelingking pada 1 November 2008.

Sumber: Akhbar Metro, 26/08/2009

Wednesday, January 19, 2011

Elvis Presley


ELVIS PRESLEY mempunyai saudara kembar bernama Garon, yang meninggal dunia ketika dilahirkan. Sebagai memperingati saudara kembarnya itu, Elvis menggunakan nama Aaron pada pertengahan namanya.

Sumber: Akhbar Kosmo, 15/01/2011

Serangga


Dianggarkan 80% haiwan di muka bumi adalah serangga.

Sumber: Akhbar Kosmo, 15/01/2011

Bulu Tangkis


BULU TANGKIS untuk badminton harus memiliki 14 helai bulu.

Sumber: Akhbar Kosmo, 14/01/2011

Dadu


DADU merupakan sejenis objek yang digunakan dalam banyak jenis permainan. Terdapat 42 titik pada sepasang dadu.

Sumber: Akhbar Kosmo, 15/12/2010

Ruang Pameran Aquaria

 
Keluasan ruang pameran di Aquaria KLCC di tengah-tengah Kuala Lumpur adalah
5,574.2 meter persegi.

Sumber: Akhbar Kosmo, 09/12/2010

Friday, January 14, 2011

Lautan Pasifik

LAUTAN PASIFIK ditemui oleh seorang penjelajah dari Sepanyol, Nunez de Balboa pada tahun 1513.

Sumber: Akhbar Metro, 17/09/10

Sydney Opera House

Sydney Opera House yang dibuka pada 1973 adalah mercu tanda Australia paling popular.

Sumber: Akhbar Metro, 26/08/10

Tsunami

Ombak gergasi atau tsunami yang disebabkan oleh gempa bumi boleh bergerak sepantas jet pejuang.

Sumber: Akhbar Metro, 25/08/10

Ahli Sumo

Percaya atau tidak, seorang ahli sumo boleh memakan 65 mangkuk bubur nasi yang mengandungi 13 kg daging dalam satu sesi makan.

Sumber: Akhbar Metro, 06/08/10

Mata Wang

Ada kira-kira 200 jenis mata wang yang digunakan di seluruh dunia hari ini.

Sumber: Akhbar Metro, 30/07/10

Badak Sumbu Gergasi

Haiwan liar terbesar yang pernah dicatatkan ialah sejenis spesies badak sumbu yang mempunyai ketinggian 5.5 meter. Badak sumbu gergasi itu pernah hidup sewaktu era Oligocene epoch iaitu kira-kira 33.9 juta hingga 23 juta tahun lalu.

Sumber: Akhbar Metro, 02/03/10

Sunday, January 9, 2011

Memelihara Setem

Setiap keping setem yang dikumpul perlu dipelihara dengan rapi supaya ia tidak rosak dan pudar warnanya.

Oleh itu penting bagi kita mengetahui apakah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan dan kepudaran warna setem. Tentunya kita tidak mahu setem yang warnamya cantik semakin pudar ditelan masa.

Berikut adalah beberapa panduan yang boleh membantu kita memelihara setem agar tahan lama dan kekal warna.

1.  Pilih tempat atau lokasi yang sejuk tetapi kering untuk menyimpan koleksi setem.

2.  Jangan merokok berdekatan setem kerana asap rokok yang mengandungi bahan kimia yang terdapat di dalam tembakau boleh melunturkan warnanya.

3.  Unsur-unsur alam seperti hujan dan udara yang lembap serta tiupan angin boleh merosakkan setem. Oleh itu, pastikan setem tidak terkena atau terdedah pada unsur-unsur berkenaan.

4.  Selain itu, perkara pertama dan paling penting yang perlu diketahui oleh para pengumpul setem ialah belajar menggunakan penyepit setem. Ia adalah satu alat yang dibuat khusus untuk memegang setem. Ia penting kerana kita tidak boleh menggunakan tangan untuk memegang setem yang akan dikumpul dan disimpan.

Terdapat banyak jenis penyepit setem. Ada yang nipis dan rata. Panjang penyepit yang profesional ialah 12.7 hingga 17.78 sentimeter dan mempunyai bentuk runcing pada hujungnya.

5.  Penggunaan tangan untuk memegang setem boleh menyebabkan permukaan setem bercalar manakala minyak semulajadi pada tapak tangan boleh melunturkan warna setem termasuk menjejaskan pelekat setem.

Sumber: Akhbar Utusan Malaysia, Rabu, 6 Feb 2002 

Friday, January 7, 2011

Serangan Pengganas: Tragedi Serangan Al-Maunah

Tarikh: 5 Julai 2000
Bilangan mangsa: 2 orang tebusan terkorban
Tempat: Bukit Jenalik, Sauk, Perak
Kerosakan: Kerosakan kecil kilang minuman di Petaling Jaya

Sumber: Akhbar iluvislam, Nov & Dis 2009 (Edisi Pengenalan)

Serangan Pengganas: Tragedi Runtuhan World Trade Center Di Amerika Syarikat

Tarikh: 11 September 2001
Bilangan mangsa: Dianggarkan seramai 2,986 nyawa terkorban (termasuk di dalam kapal terbang tersebut)
Tempat: Amerika Syarikat
Kawasan terlibat: Bandaraya New York (Arlington County), Virginia
Kerosakan: Runtuhan bangunan
Punca: Serangan oleh puak Al-Qaeda

Sumber: Akhbar iluvislam, Nov & Dis 2009 (Edisi Pengenalan)

Ribut Taufan: Tragedi Taufan Katrina Di Amerika Syarikat

Tarikh: 1 September 2005
Bilangan mangsa: Sejumlah kecil terkorban
Tempat: Wilayah New Orleans
Kawasan terlibat: Florida, Louisiana, Bahamas
Kerosakan: Jumlah kerosakan berjumlah RM37.9 bilion

Sumber: Akhbar iluvislam, Nov & Dis 2009 (Edisi Pengenalan)

Kebakaran: Tragedi Kebakaran Besar Di Australia

Tarikh: Februari 2009
Bilangan mangsa: 170 orang terkorban
Tempat: Victoria, Australia
Kawasan terlibat: Australia Selatan & New South Wales
Kerosakan: 700 buah rumah

Sumber: Akhbar iluvislam, Nov & Dis 2009 (Edisi Pengenalan)

Wednesday, January 5, 2011

Gempa Bumi: Tragedi Gempa Bumi Di Padang, Indonesia

Tarikh: 30 September 2009
Bilangan mangsa: 1,115 orang terkorban, 1,214 orang cedera parah & 1,688 orang cedera ringan
Tempat: Kota Padang, Sumatera Barat, Indonesia
Kawasan terlibat: Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau
Negara terlibat: Indonesia & Malaysia
Kerosakan: Lebih 11,000 buah bangunan runtuh

Sumber: Akhbar iluvislam, Nov & Dis 2009 (Edisi Pengenalan)

Gempa Bumi: Tragedi Gempa Bumi Di Sichuan, China

Tarikh: 12 Mei 2008
Bilangan mangsa: 69,136 orang terkorban, 374,176 orang cedera & 18,238 orang hilang
Tempat: Wilayah Sichuan, China
Kawasan terlibat: Beijing, Shanghai & beberapa negara jiran

Sumber: Akhbar iluvislam, Nov & Dis 2009 (Edisi Pengenalan)

Banjir: Tragedi Banjir Di Kota Tinggi, Johor

Tarikh: 18 Disember 2006
Bilangan mangsa: Tiada yang terkorban
Tempat: Kota Tinggi, Johor
Kawasan terlibat: Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang, Mersing, Muar, Pontian, Segamat
Punca: Hujan

Sumber: Akhbar iluvislam, Nov & Dis 2009 (Edisi Pengenalan)

Ribut Taufan: Tragedi Ribut Greg Di Sabah

Tarikh: 26 Disember 1996
Bilangan mangsa: Lebih 200 orang mangsa & 102 orang hilang
Tempat: Sabah
Kawasan terlibat: Keningau 

Sumber: Akhbar iluvislam, Nov & Dis 2009 (Edisi Pengenalan)

Banjir Lumpur: Tragedi Pos Dipang

Tarikh: 29 Ogos 1996
Bilangan mangsa: 39 orang terkorban
Tempat: Kampar, Perak
Kawasan terlibat: Perkampungan Orang Asli Pos Dipang
Kerosakan: 30 buah rumah musnah & 20 buah rumah rosak
Punca: Hujan lebat

Sumber: Akhbar iluvislam, Nov & Dis 2009 (Edisi Pengenalan)

Tanah Runtuh: Tragedi Highland Tower

Tarikh: 11 Disember 1993
Bilangan mangsa: 48 orang terkorban
Tempat: Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor
Kawasan terlibat: 3 blok pangsapuri 12 tingkat (Blok 1, 2, 3)
Kerosakan: 3 blok pangsapuri runtuh
Punca: Musim tengkujuh menyebabkan hujan lebat

Sumber: Akhbar iluvislam, Nov & Dis 2009 (Edisi Pengenalan)

Hentaman Ombak: Tragedi Tsunami

Tarikh: 26 Disember 2004
Bilangan mangsa: Lebih 150,000 orang
Negara terlibat: Malaysia, Sri Lanka, Thailand, Indonesia (Acheh)
Punca: Gelombang tenaga bergerak pada kelajuan tinggi

Sumber: Akhbar iluvislam, Nov & Dis 2009 (Edisi Pengenalan)