Islamic Widget

Sunday, September 25, 2011

Tobu World Square, Jepun

TOBU WORLD SQUARE, Jepun merupakan taman tema yang unik. Di sini terdapat lebih daripada 100 buah replika bangunan terkemuka dan monumen bersejarah seperti Statue of Liberty, Tembok Besar China, Angkor Wat, Taj Mahal, Piramid dan sebagainya. Ia dibina dengan skala 1:25.

Replika ini mewakili 12 buah negara di dunia termasuk 24 bangunan yang dikelaskan sebagai warisan dunia oleh UNESCO. Kompleks ini terbahagi kepada enam zon iaitu Zon Amerika, Asia, Eropah, Mesir, Jepun dan Zon Jepun Moden.

Taman Negara Mulu, Sarawak

TAMAN NEGARA MULU di Sarawak ditubuhkan pada tahun 1974 dan dibuka kepada orang ramai pada 1985. Taman seluas 544km persegi ini (hampir seluas Singapura) menjadi habitat 2,000 jenis tumbuh-tumbuhan, 170 orkid, 8 jenis burung kenyalang, 10 jenis pokok periuk kera serta lebih daripada 60 jenis mamalia.

Paling menarik di sini terdapat "Lubang Nasib Bagus" atau "Sarawak Chamber" iaitu gua terbesar di dunia berukuran 700m panjang, 70m tinggi dan purata lebar 300m yang boleh menampung sebanyak 40 buah jet jumbo. Terdapat juga 44 gua pelbagai saiz beserta lorong-lorong sepanjang 200km.

Friday, September 23, 2011

Lampung, Sumatera

LAMPUNG, bandar ketiga terbesar di Sumatera mencatat sejarah apabila gunung berapi Krakatau meletus pada 27   Ogos 1883 yang mengorbankan 36,417 orang, memusnahkan 295 kota dan desa. Kini ia menawarkan gabungan pemandangan menarik di daratan, bukit dan laut.

Muzium Lampung menyimpan bahan-bahan bersejarah seperti meriam, pedang samurai dan keris berusia 200 tahun. Terdapat naskah kuno mengenai azimat, nasihat, cara perubatan serta huruf-huruf Lampung. Pusat seninya pula menyediakan demonstrasi membuat tapis, iaitu pakaian tradisional masyarakat Lampung.


Thursday, September 1, 2011

Fikir-Fikir #2

KEADILAN itu syurga bagi orang yang terkena zalim dan neraka bagi yang zalim.

~Umar Al Khatab~

Fikir-Fikir #1

Bersedekah kepada orang miskin itu bererti satu sedekah sahaja.

Sedekah kepada kaum kerabat itu bererti dua - bersedekah dan mengeratkan hubungan persaudaraan.

~Ahli Fikir~