1. ELAKKAN membawa pulang kerja atau masalah pejabat ke rumah dan membawa masalah di rumah ke tempat kerja.
2. BERHADAPAN atau bersemukalah dengan masalah dan bukannya lari atau membelakangkannya. Bagi wanita, luahkan perasaan kepada majikan untuk lebih bertolak ansur dan bertemulah dengan suami secara empat mata untuk mengadu atau bercerita masalah yang membelenggu dalam keadaan rasional.
3. LAKSANAKAN tanggungjawab baik di tempat kerja atau di rumah dengan pemikiran positif dan berprasangka baik.
4. REHAT atau tenangkan diri setiap sejam dengan berjalan-jalan atau menarik nafas dengan cara yang betul.
5. PASANGAN hendaklah berbincang daripada hati ke hati mengenai pembahagian waktu yang betul antara tugas di pejabat dan kerja-kerja di rumah.
6. SENTIASA senyum kerana senyuman menjadikan diri lebih tenang dan menyejukkan mata yang memandang.
7. ELAKKAN bekerja secara individu atau berpuak. Imbangkan kedua-dua cara bekerja serta kerjasama dengan semua pihak menyebabkan hubungan lebih akrab dan terjalin erat.
8. SENTIASA yakin dengan kemampuan diri sendiri dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberi walau pada peringkat awalnya terasa sukar.
9. SELALU berkata tidak kepada tekanan. Misalnya bagi suri rumah di sarankan tidak terlalu mengikut karenah anak tetapi tolaklah secara baik dan berlemah lembut.
10. RANCANG kerja lebih awal dan ruangkan masa rehat diantaranya agar kerja yang datang pada saat akhir boleh dilakukan pada masa tersebut.
11. JANGAN mudah panik, menggelabah atau melatah dengan beban kerja yang diberi. Dahulukan mana yang lebih penting diikuti dengan yang kurang penting secara berjadual.
12. DISIPLINKAN diri menelefon orang yang tersayang seperti suami, isteri, ibu bapa atau anak-anak kala sedang sibuk bekerja untuk meredakan tekanan.
13. PASANGAN suami isteri digalakkan melakukan hubungan seks dengan cara teratur kerana ia turut membantu mengurangkan tekanan.
14. MUHASABAH atau nilai diri sendiri pada masa yang sesuai terutama sebelum tidur. Cara ini dapat membantu mencari kelemahan dan kekuatan diri.
15. SELALU fikirkan tentang jadual untuk esok untuk dikongsi bersama pasangan.
16. AMALKAN sikap bertolak ansur dengan pasangan, majikan dan masyarakat untuk mencapai tahap keseimbangan tekanan baik di mana juga kita berada.