Islamic Widget

Sunday, September 25, 2011

Tobu World Square, Jepun

TOBU WORLD SQUARE, Jepun merupakan taman tema yang unik. Di sini terdapat lebih daripada 100 buah replika bangunan terkemuka dan monumen bersejarah seperti Statue of Liberty, Tembok Besar China, Angkor Wat, Taj Mahal, Piramid dan sebagainya. Ia dibina dengan skala 1:25.

Replika ini mewakili 12 buah negara di dunia termasuk 24 bangunan yang dikelaskan sebagai warisan dunia oleh UNESCO. Kompleks ini terbahagi kepada enam zon iaitu Zon Amerika, Asia, Eropah, Mesir, Jepun dan Zon Jepun Moden.

Taman Negara Mulu, Sarawak

TAMAN NEGARA MULU di Sarawak ditubuhkan pada tahun 1974 dan dibuka kepada orang ramai pada 1985. Taman seluas 544km persegi ini (hampir seluas Singapura) menjadi habitat 2,000 jenis tumbuh-tumbuhan, 170 orkid, 8 jenis burung kenyalang, 10 jenis pokok periuk kera serta lebih daripada 60 jenis mamalia.

Paling menarik di sini terdapat "Lubang Nasib Bagus" atau "Sarawak Chamber" iaitu gua terbesar di dunia berukuran 700m panjang, 70m tinggi dan purata lebar 300m yang boleh menampung sebanyak 40 buah jet jumbo. Terdapat juga 44 gua pelbagai saiz beserta lorong-lorong sepanjang 200km.

Friday, September 23, 2011

Lampung, Sumatera

LAMPUNG, bandar ketiga terbesar di Sumatera mencatat sejarah apabila gunung berapi Krakatau meletus pada 27   Ogos 1883 yang mengorbankan 36,417 orang, memusnahkan 295 kota dan desa. Kini ia menawarkan gabungan pemandangan menarik di daratan, bukit dan laut.

Muzium Lampung menyimpan bahan-bahan bersejarah seperti meriam, pedang samurai dan keris berusia 200 tahun. Terdapat naskah kuno mengenai azimat, nasihat, cara perubatan serta huruf-huruf Lampung. Pusat seninya pula menyediakan demonstrasi membuat tapis, iaitu pakaian tradisional masyarakat Lampung.


Thursday, September 1, 2011

Fikir-Fikir #2

KEADILAN itu syurga bagi orang yang terkena zalim dan neraka bagi yang zalim.

~Umar Al Khatab~

Fikir-Fikir #1

Bersedekah kepada orang miskin itu bererti satu sedekah sahaja.

Sedekah kepada kaum kerabat itu bererti dua - bersedekah dan mengeratkan hubungan persaudaraan.

~Ahli Fikir~

Friday, August 26, 2011

Kutub Selatan

KUTUB SELATAN amat penting dalam kehidupan manusia sejagat kerana kawasan berais itu menyimpan 90 peratus simpanan air bersih di muka bumi ini.


Sumber: Akhbar Metro, 11/03/2011

Obor-Obor


Tahukah anda 95 peratus daripada badan OBOR-OBOR adalah air.


Sumber: Akhbar Metro, 16/03/2011

Sungai Hwang Ho

SUNGAI HWANG HO di China digelar Sungai Derita kerana meragut jutaan nyawa apabila berlaku banjir setiap tahun.


Sumber: Akhbar Metro, 14/05/2011

Everest

Everest dalam bahasa Tibet ialah Chomo Lungma bermaksud ibu tuhan di bumi.


Sumber: Akhbar Metro, 02/03/2011

Leonardo Da Vinci

LEONARDO DA VINCI mungkin terkenal dengan lukisan Mona Lisa (1452-1514) tetapi beliau juga ahli sains, matematik, seni bina dan penulis terkemuka.


Sumber: Akhbar Metro, 16/04/2011

Hasil Bumi Afrika

Beberapa negara di Afrika seperti Afrika Selatan dan Nigeria mempunyai hasil bumi bernilai seperti permata, emas dan minyak.


Sumber: Akhbar Metro, 19/04/2011

Perkataan Muzium


MUZIUM berasal daripada perkataan latin iaitu Mousseion.


Sumber: Akhbar Metro, 02/04/2011

Somalia

SOMALIA adalah satu-satunya negara di dunia yang mana penduduknya bercakap dalam satu bahasa iaitu Somali.


Sumber: Akhbar Metro, 21/04/2011

Thursday, August 25, 2011

Gurun Sahara

Saintis percaya bahawa GURUN SAHARA sudah menjadi gurun sejak lima juta tahun lalu.


Sumber: Akhbar Metro, 17/01/2011

Whitney Houston

Pada 1992, WHITNEY HOUSTON adalah satu-satunya penyanyi wanita yang mengungguli carta di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia menerusi lagu hitnya, I Will Always Love You.


Sumber: Akhbar Metro, 11/02/2011

Christopher Colombus

Pada 3 Ogos 1492, CHRISTOPHER COLOMBUS yang mendapat pembiayaan Raja Sepanyol dan menjelajah bersama tiga armada kapal menemui benua Amerika.


Sumber: Akhbar Metro, 10/03/2011

Gurun Atacama

GURUN ATACAMA di Chile (Selatan Amerika) antara kawasan paling kering di dunia. Ia tidak pernah mengalami hujan selama 40 tahun.


Sumber: Akhbar Metro, 07/03/2011

Negara Abjad D

Hanya terdapat tiga negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica dan Djibouti.




Sumber: Akhbar Metro, 08/04/2011

Monday, August 22, 2011

Panduan Mengelak Kemalangan Disebabkan Alat Permainan

1. Pilih alat permainan yang selamat
  • Sebelum membeli pastikan alat permainan sesuai dengan usia anak, minat dan tingkat kemahiran mereka.
  • Apabila membeli baca label. Lihat bentuk, jenis bahan yang digunakan, ikuti panduan umur dan maklumat keselamatan yang tertera pada belakang kotak.
  • Pastikan tiada benda kecil pada permainan yang boleh menyebabkan anak tercekik.
2. Periksa alat permainan yang boleh membahayakan kesihatan
  • Periksa sekiranya alat permainan boleh rosak dan menjadi serpihan kecil sehingga menyebabkan tercekik.
  • Segera perbaiki atau elakkan membeli alat permainan yang mudah rosak.
  • Kanak-kanak tidak boleh bermain alat permainan bertali yang boleh menyebabkan mereka terjerut.
  • Elakkan membeli alat permainan menggunakan elektrik bagi kanak-kanak di bawah usia 8 tahun.
  • Alat permainan yang mempunyai hujung yang tajam boleh menyebabkan luka atau tertikam.
  • Elakkan alat permainan yang mengandungi bahan berbahaya seperti logam berat dan plumbum yang terdapat dalam cat.
3. Sentiasa mengawasi anak-anak ketika bermain
  • Awasi kanak-kanak ketika mereka menggunakan alat permainan bergerak, mempunyai bebola kecil, magnet, menggunakan bateri dan kuasa elektrik, bertali serta beroda yang boleh membahayakan mereka.
4. Pastikan alat permainan boleh digunakan dalam suasana selamat
  • Permainan bergerak tidak boleh digunakan berhampiran tangga, jalan raya dan kolam mandi. Ini kerana permainan ini boleh menyebabkan kematian dan kecederaan apabila kanak-kanak jatuh daripada alat permainan.
  • Sentiasa berinteraksi dan membabitkan diri ketika anak-anak bermain kerana ini akan membuatkan permainan menjadi lebih bermakna.
5. Pastikan alat permainan disimpan di tempat selamat
  • Ajar anak-anak untuk menyimpan alat permainan di tempatnya semula selepas bermain.

Nota:
Bermula 01 Februari 2011, semua alat permainan kanak-kanak perlu mempunyai tanda MC (Malaysian Conformity) sebagai bukti mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).


Sumber: Akhbar Metro, 11/03/2011

Sunday, August 21, 2011

Anugerah Oscar Paling Banyak

Tiga filem mencatatkan nama sebagai penerima anugerah Oscar paling banyak iaitu Ben Hur (1954), Titanic (1997) dan The Lord of the Rings: The Return of the King pada 2003.


Sumber: Akhbar Metro, 29/10/2010

Disney World, Florida

Resort percutian paling besar di dunia ialah Disney World, Florida, Amerika Syarikat.


Sumber: Akhbar Metro, 23/08/2010

Australia

AUSTRALIA diteroka oleh penjelajah Eropah di antara tahun 1860 dan 1861.


Sumber: Akhbar Metro, 24/01/2011

Jalan Sutera

JALAN SUTERA sejauh 7,000 kilometer adalah perjalanan dari China ke Turki (bersempadan dengan Eropah). Ia digunakan pedagang untuk membawa barangan dari Asia ke Eropah pada tahun 500 Masihi.


Sumber: Akhbar Metro, 14/03/2011

Air Terjun Victoria

Pada November 1855, David Livingstone menemui air terjun Victoria. Nama itu diberikan sebagai penghormatan kepada Ratu Great Britain.




Sumber: Akhbar Metro, 15/03/2011

Friday, August 19, 2011

Ikan Paus Biru

IKAN PAUS BIRU (Balaenoptera Musculus) memiliki suara sangat keras iaitu setinggi 188 desibel, lebih tinggi daripada bunyi ekzos motosikal Harley Davidson.


Sumber: Akhbar Metro, 02/09/2010

Kanak-Kanak Menonton TV

Secara purata seorang kanak-kanak menghabiskan kira-kira 20 jam seminggu menonton televisyen.


Sumber: Akhbar Metro, 17/05/2011

David Beckham

Sebelum menyertai Manchester United pada 1991, DAVID BECKHAM adalah pemain popular di England. Dia menjaringkan 100 gol untuk pasukan tempatan.


Sumber: Akhbar Metro, 22/12/2010

Cicak Gecko

GECKO, sejenis cicak, adalah antara spesies hidupan hutan yang paling lama pernah menghuni bumi iaitu sejak 150 juta tahun lalu.


Sumber: Akhbar Metro, 23/11/2010

Pemegang Rekod Lompat Bergalah Wanita

YELENA ISINBAYEVA dari Russia adalah pemegang rekod lompat bergalah wanita paling lama di dunia. Atlet itu memecah 17 rekod dunia dengan lompatan melebihi ketinggian lima meter.


Sumber: Akhbar Metro, 22/11/2010

Bongkah Ais Batu

Jika BONGKAH AIS BATU di Antartika cair, ia boleh menyebabkan paras air laut meningkat 61 meter.


Sumber: Akhbar Metro, 16/11/2010

Bulu Kening Terpanjang Di Dunia

PIET SATTER dari Merksem, Belgium mempunyai bulu kening terpanjang di dunia berukuran 12 sentimeter.


Sumber: Akhbar Metro, 20/11/2010

Selat Inggeris

Setiap tahun, SELAT INGGERIS yang memisahkan England dan Perancis akan melebar 300 milimeter.


Sumber: Akhbar Metro, 07/05/2011

Tapak Sulaiman

TAPAK SULAIMAN jenis mahkota berduri mudah ditemui di kawasan terumbu karang di perairan tropika di Lautan Pasifik, Lautan India dan Laut Merah.

Ia boleh membiak daripada saiz sebesar tapak tangan kepada saiz pinggan.


Sumber: Akhbar Metro, 22/02/2011

Ketam Merah

Dianggarkan 40 hingga 125 juta KETAM MERAH tinggal di Kepulauan Krismas berhampiran Australia.


Sumber: Akhbar Metro, 21/01/2011

Thursday, August 18, 2011

Burung Unta

BURUNG UNTA (Ostrich) antara spesies burung yang tidak boleh terbang. Haiwan itu boleh mencapai ketinggian sehingga 2.5 meter, seberat 180 kilogram dan berlari selaju 50 km/j.


Sumber: Akhbar Metro, 29/01/2011

Larian Marathon

Larian MARATHON mendapat nama sebagai menghormati seorang tentera, Pheidippides yang berlari dari Marathon ke Athens untuk meyampaikan berita kemenangan dalam peperangan. Kini, dunia memberi pengiktirafannya atas keberanian dan stamina.


Sumber: Akhbar Metro, 20/05/2010

Monyet

Usia MONYET biasanya antara 30 hingga 33 tahun. Bagaimanapun, spesies haiwan itu pernah dicatatkan hidup sehingga usia 53 tahun, monyet tertua pernah hidup di bumi.


Sumber: Akhbar Metro, 28/01/2011

Madu Lebah

Tahukah anda untuk menghasilkan 450 gram madu lebah, 10 ekor lebah perlu bekerja seumur hidup mereka untuk menghasilkan manisan berkenaan.


Sumber: Akhbar Metro, 28/04/2011

William Perry - Pemain Bola Sepak Amerika

WILLIAM PERRY adalah pemain bola sepak Amerika paling popular. Beratnya menyamai lima orang lelaki biasa dan dengan badannya itu, dia digelar "The Fridge".


Sumber: Akhbar Metro, 23/12/2010

Dinosaur

DINOSAUR hidup dalam era Mesozoic, kira-kira 245 dan 65 juta tahun lalu.


Sumber: Akhbar Metro, 31/03/2011

Meteorit

METEORIT yang jatuh di Hoba West, Afrika pada 1920 adalah yang terbesar dan paling berat pernah gugur ke bumi. Ia berukuran 2.7 meter panjang dan 2.4 meter lebar dengan jumlah berat 60 tan.


Sumber: Akhbar Metro, 09/02/2010

Yak

YAK adalah sejenis haiwan yang terbesar di Himalaya. Haiwan liar itu tinggal di kawasan pergunungan Tibet tetapi ia boleh juga ditemui di kawasan tanah tinggi di Asia Tengah.


Sumber: Akhbar Metro, 24/02/2010

Ular Anaconda

Ular ANACONDA di Amerika Selatan boleh membesar sehingga 10 meter panjang dengan berat 136 kilogram.


Sumber: Akhbar Metro, 30/06/2010 

Burung Belatuk

Burung BELATUK membuat bising dengan mengetuk batang pokok untuk menarik perhatian burung lain dan memberi amaran kepada belatuk lain jangan menghampiri kawasannya.


Sumber: Akhbar Metro, 16/03/2010

Tip atau Strategi Mengurangkan Tekanan

1. ELAKKAN membawa pulang kerja atau masalah pejabat ke rumah dan membawa masalah di rumah ke tempat kerja.

2. BERHADAPAN atau bersemukalah dengan masalah dan bukannya lari atau membelakangkannya. Bagi wanita, luahkan perasaan kepada majikan untuk lebih bertolak ansur dan bertemulah dengan suami secara empat mata untuk mengadu atau bercerita masalah yang membelenggu dalam keadaan rasional. 

3. LAKSANAKAN tanggungjawab baik di tempat kerja atau di rumah dengan pemikiran positif dan berprasangka baik.

4. REHAT atau tenangkan diri setiap sejam dengan berjalan-jalan atau menarik nafas dengan cara yang betul.

5. PASANGAN hendaklah berbincang daripada hati ke hati mengenai pembahagian waktu yang betul antara tugas di pejabat dan kerja-kerja di rumah.

6. SENTIASA senyum kerana senyuman menjadikan diri lebih tenang dan menyejukkan mata yang memandang.

7. ELAKKAN bekerja secara individu atau berpuak. Imbangkan kedua-dua cara bekerja serta kerjasama dengan semua pihak menyebabkan hubungan lebih akrab dan terjalin erat.

8. SENTIASA yakin dengan kemampuan diri sendiri dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberi walau pada peringkat awalnya terasa sukar.

9. SELALU berkata tidak kepada tekanan. Misalnya bagi suri rumah di sarankan tidak terlalu mengikut karenah anak tetapi tolaklah secara baik dan berlemah lembut.

10. RANCANG kerja lebih awal dan ruangkan masa rehat diantaranya agar kerja yang datang pada saat akhir boleh dilakukan pada masa tersebut.

11. JANGAN mudah panik, menggelabah atau melatah dengan beban kerja yang diberi. Dahulukan mana yang lebih penting diikuti dengan yang kurang penting secara berjadual.

12. DISIPLINKAN diri menelefon orang yang tersayang seperti suami, isteri, ibu bapa atau anak-anak kala sedang sibuk bekerja untuk meredakan tekanan.

13. PASANGAN suami isteri digalakkan melakukan hubungan seks dengan cara teratur kerana ia turut membantu mengurangkan tekanan.

14. MUHASABAH atau nilai diri sendiri pada masa yang sesuai terutama sebelum tidur. Cara ini dapat membantu mencari kelemahan dan kekuatan diri.

15. SELALU fikirkan tentang jadual untuk esok untuk dikongsi bersama pasangan.

16. AMALKAN sikap bertolak ansur dengan pasangan, majikan dan masyarakat untuk mencapai tahap keseimbangan tekanan baik di mana juga kita berada.