Islamic Widget

Monday, August 22, 2011

Panduan Mengelak Kemalangan Disebabkan Alat Permainan

1. Pilih alat permainan yang selamat
  • Sebelum membeli pastikan alat permainan sesuai dengan usia anak, minat dan tingkat kemahiran mereka.
  • Apabila membeli baca label. Lihat bentuk, jenis bahan yang digunakan, ikuti panduan umur dan maklumat keselamatan yang tertera pada belakang kotak.
  • Pastikan tiada benda kecil pada permainan yang boleh menyebabkan anak tercekik.
2. Periksa alat permainan yang boleh membahayakan kesihatan
  • Periksa sekiranya alat permainan boleh rosak dan menjadi serpihan kecil sehingga menyebabkan tercekik.
  • Segera perbaiki atau elakkan membeli alat permainan yang mudah rosak.
  • Kanak-kanak tidak boleh bermain alat permainan bertali yang boleh menyebabkan mereka terjerut.
  • Elakkan membeli alat permainan menggunakan elektrik bagi kanak-kanak di bawah usia 8 tahun.
  • Alat permainan yang mempunyai hujung yang tajam boleh menyebabkan luka atau tertikam.
  • Elakkan alat permainan yang mengandungi bahan berbahaya seperti logam berat dan plumbum yang terdapat dalam cat.
3. Sentiasa mengawasi anak-anak ketika bermain
  • Awasi kanak-kanak ketika mereka menggunakan alat permainan bergerak, mempunyai bebola kecil, magnet, menggunakan bateri dan kuasa elektrik, bertali serta beroda yang boleh membahayakan mereka.
4. Pastikan alat permainan boleh digunakan dalam suasana selamat
  • Permainan bergerak tidak boleh digunakan berhampiran tangga, jalan raya dan kolam mandi. Ini kerana permainan ini boleh menyebabkan kematian dan kecederaan apabila kanak-kanak jatuh daripada alat permainan.
  • Sentiasa berinteraksi dan membabitkan diri ketika anak-anak bermain kerana ini akan membuatkan permainan menjadi lebih bermakna.
5. Pastikan alat permainan disimpan di tempat selamat
  • Ajar anak-anak untuk menyimpan alat permainan di tempatnya semula selepas bermain.

Nota:
Bermula 01 Februari 2011, semua alat permainan kanak-kanak perlu mempunyai tanda MC (Malaysian Conformity) sebagai bukti mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).


Sumber: Akhbar Metro, 11/03/2011

No comments:

Post a Comment