Islamic Widget

Wednesday, December 8, 2010

Mi

MI merupakan makanan popular bagi masyarakat Tionghoa. Mengikut sejarah, mi dikenali sebagai makanan 4 musim. Ini kerana makanan ini sesuai dimakan pada musim panas, bunga, luruh dan sejuk.

Terdapat pelbagai jenis mi antaranya mi basah atau mi kuning yang diperbuat daripada tepung gandum dan mi jenis kering seperti mi gulung, mi sanggul, mi halus dan kasar. Cara penyediaan mi ini juga boleh dipelbagaikan, antaranya mi boleh digoreng, dimakan bersama kuah atau dibuat sup. Mi juga merupakan simbol panjang umur bagi kaum Cina.

No comments:

Post a Comment